Sejarah Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.
Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.
Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.
Sejarah di sekitar Mersing Kira-kira 40 km dari Mersing, terdapat sebuah pekan yang dinamakan sebagai Endau. Endau merupakan sebuah kawasan kampung tradisi yang lama yang telah wujud. Antara kawasan yang terkenal di Endau adalah Kg Pianggu, Kg Semaloi, Kasing dan Semanyir. Kawasan-kawasan ini telah lama didiami dan dikuasai oleh ketua-ketua suku dimana pada tahun 1738 Sultan Sulaiman (Sultan Johor-Pahang) telah melawat Kuala Endau dan disambut oleh 9 ketua suku biduanda dan diberi anugerah serta tanda peringatan berupa syiling emas tertulis "Sultan Sulaiman Shah" di hadapan dan dibelakang "Khalifat al Mukminin" [1]. Dikatakan syiling emas ini masih dimiliki oleh waris-waris suku kaum ini. Sebelum Perang Bendahara Pahang, Endau adalah dibawah kekuasaan Pahang. Pada tahun 1586, diceritakan oleh d'Eredia bahawa Raja Pahang (Pan) mempunyai banyak emas untuk dijual di Melaka dan Raja tersebut telah menghadiahkan seketul batu emas 2 1/2 kaki panjang dari Endau (adea) sebagai hadiah kepada Gabenor Portugis di Melaka.[2] Semasa Pahang dalam keadaan hura-hara akibat perang Temenggong Ibrahim telah mengarahkan kawasan itu dibuka semula oleh Dato’ Mohd Ali. Kawasan Endau terbahagi kepada dua dan menjadi medan pertempuran dalam Perang Bendahara Pahang pada April 1861[3].
Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau. Rumah-rumah rakit dibina di kawasan pinggir Sungai Endau dan juga di muara sungai pada awal pembukaannya di Mersing. Pada tahun 1902, Encik Awang Ali (Awang Daik) telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau. Pada tahun 1915 hingga 1916, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau dan bersara pada 1 Februari 1920. Pejabat Kastam juga telah ditubuhkan pada masa itu untuk ditugaskan memungut cukai dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di Pekan Endau.
Terdapat banyak bahan mentah di Endau. Antaranya kayu balak, hasil-hasil hutan seperti rotan, damar dan juga gading gajah. Hasil-hasil laut dikeringkan dan dijual keluar dari Endau. Kebanjiran penduduk-penduduk Cina dikawasan Endau terbukti dengan adanya perkampungan baru yang dinamakan Kampung Hubong. Juga terdapat satu petempatan tentera bagi mengawasi dan menghalang pengaruh komunis di kawasan tersebut. Kesan-kesan tinggalan askar kini dijadikan sebuah sekolah agama bagi anak-anak tempatan.
Kira-kira 25 km dari Mersing dan 20 km dari Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang sedang dibangunkan. Kawasan tersebut dinamakan Teluk Sari bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing. Manakala nama Penyabong berasal sempena dengan kebiasaan lanun-lanun yang menetap di situ menjadikan tempat itu sebagai kawasan menyabong ayam. Kemunduran Endau dipercayai berpunca dari sumpah anak Pahang bernama Damak. Antara bunyinya "bagi orang-orang Endau, masa hadapan bandar ini tidak akan maju seperti apa yang telah saya buat". Hal ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika benarlah maksud kata-kata itu, bermakna Endau tidak diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunannya.
Salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Mersing yang sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Mersing ialah mukim Tenglu. Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada kerjasama untuk menanam getah di kawasan yang terletak lebih kurang 5 batu dari Sungai Mersing. Setelah menjalani proses pembersihan kawasan dan penanaman, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan. Abul tidak tahan menanggung risiko ini dan ingin segera kembali ke Mersing. Beliau telah berkata kepada Lam Seng "Tinggallah Lu" sehingga terbitlah nama Tenglu.
Tarikan pelancongan Secara umumnya, bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan telah berkembang pesat di sini. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos yang berpatutan. Ini dilengkapkan dengan wujudnya beberapa agensi pelancongan yang terdapat di sekitar Mersing. Ia juga menempatkan kemudahan utama iaitu jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Tengah dan pulau-pulau lain yang berhampiran dengan menggunakan kemudahan bot, feri dan bot laju.
Terdapat sebuah filem melayu bertajuk "Sri Mersing" (1961) (arahan Salleh Ghani) yang mengambil nama lokasi ini di mana pelakon utama ialah Nordin Ahmad, Roseyatimah, Mustafa Maarof dan Rosnani Jamil. Filem ini menunjukkan bahawa penduduk asal Mersing dahulu kala berasal daripada negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mempunyai penduduk yang fasih berbahasa Terengganu dan mengusahakan perniagaan keropok lekor ikan. Anda juga terasa janggal ketika berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang bertutur loghat Terengganu. Terdapat satu babak akhir dipaparkan dalam filem Sri Mersing yang berlatarbelakang Pulau Batu Cawan di muara Sg Mersing yang menjadi tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut.
Malah terdapat juga sebuah kawasan pesisir sungai yang baru di mana telah dibangunkan sebuah pasar raya, pasar basah, stesen teksi dan stesen bas yang baru disini. Mersing kini telah menjadi satu bandar utama sebagai nadi ke arah pembangunan industri pelancongan yang mana mempunyai beberapa agensi yang mengawal-selia seperti Jabatan Laut, Imigresen, Kastam & Eksais, Jabatan Pertahanan Awam serta Polis. Terdapat juga sebuah pejabat utama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) lengkap dengan kemudahan pegawai dan bot laju mereka di bandar ini.
Pembangunan Daerah Mersing yang sekian lama bergantung kepada sektor pelancongan sebagai aktiviti utama ekonominya bakal berkembang lebih pesat lagi selepas ia dimasukkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Sebagai satu-satunya daerah di Johor yang dimasukkan dalam ECER, Mersing boleh mengharapkan sejumlah RM300 juta peruntukan bagi memastikan segala perancangan koridor untuk menjadikan Mersing sebagai bandar eko-pelancongan menjadi kenyataan.
Bertepatan dengan pemilihan sektor pelancongan sebagai teras ekonomi Mersing di bawah ECER, antara pembangunan fizikal yang pasti berlaku ialah pembangunan eco resort di tapak 18 ekar bekas Rumah Persinggahan milik Yayasan Pelajaran Johor berhampiran dengan Hospital Mersing. Selain dari itu pembinaan jalan yang lebih baik untuk memudahkan lagi perhubungan antara daerah ini dengan bandar-bandar utama di sekelilingnya termasuk Kuantan, Johor Bahru dan Kluang.
Meskipun belum diumumkan, satu laluan baru yang menghubungkankan Mersing dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Kluang dan Kahang akan diwujudkan. Apabila ini berlaku, perhubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian selatan semenanjung akan menjadi lebih efisen.
Laluan baru yang dicadangkan untuk merancakkan lagi ekonomi kawasan ini ialah menghubungkan Johor Bahru dengan Sedili terus ke Mersing melalui jalan pesisir pantai. Laluan ini dilihat sebagai usaha menarik minat rakyat Singapura yang sememangnya gemar memandu ke Malaysia terutama ke destinasi pelancongan berpantai. Mersing tidak mempunyai jaringan kereta api tetapi boleh berbuat demikian melalui Stesen Kereta Api Kluang yang terletak 90 kilometer ke barat Mersing.Stesen kereta api ini yang paling dekat bagi daerah Mersing.
Selain pulau dan pantai, Taman Negara Endau-Rompin yang juga merupakan hutan simpan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing. Ia menawarkan pelancongan berbentuk pengembaraan yang begitu popular di kalangan orang Eropah dan Amerika seperti yang dilihat di Sabah dan Sarawak. Bagi peminat aktiviti lasak, sebuah kem latihan milik Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) juga menawarkan aktiviti Ikhtiar Hidup di hutan dan pusat latihan ini wujud semenjak 1974 di Sekakap.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa cadangan daripada sektor swasta untuk memastikan Mersing benar-benar menepati statusnya sebagai antara destinasi pelancongan utama. Antaranya ialah meluaskan kawasan daratan di Mersing dengan menebus tanah di hadapan bandarnya supaya jeti yang digunakan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran dapat digunakan sepanjang masa walaupun ketika air surut. Penebusan tanah ini mengambil kira alam sekitar tanpa merosakkan khazanah alam sekitar. Pembinaan lombong emas berkonsepkan eko pelancongan / pendidikan juga sedang dipertimbangkan dan akan menaik taraf status ekonomi di Mersing. Dikatakan bahawa 80 peratus tanah di daerah Mersing mempunyai kandungan emas dan bahan-bahan galian yang berharga.[perlu rujukan]
Ketika ini penggunaan jeti begitu terhad ketika air pasang akibat pemendapan di muara Sungai Mersing. Pembangunan pesat yang bakal berlaku di daerah ini juga dijangka membawa kesan sampingan seperti penghijrahan penduduk luar bandar ekoran peluang pekerjaan yang lebih luas. Dianggarkan terdapat 56,100 peluang pekerjaan wujud menjelang 2020 di Mersing (10% dari jumlah peluang pekerjaan di ECER).
Mersing kini mempunyai kira-kira 83,000 penduduk dengan 65 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar.